Friday, July 10, 2020

TIPS NAIKKAN HB UNTUK IBU MENGANDUNG

Sejak check-up aku yang pertama di KK, doktor pernah puji HB aku cantik, masa itu HB aku 13.2, check-up seterusnya 11.3, dan baru-baru ini 12.4 macamtu. Untuk mengekalkan HB cantik ni kena jaga pemakanan dan pastikan ambil ubat yang dibekalkan. Contohnya, check-up pertama aku dapat ubat Zincofer ( tambah darah ) tetapi ubat tu tak sesuai dengan aku. Makan je rasa mual and muntah, walaupun aku dah cuba set jam pukul 1 pagi untuk makan ubat dan terus tidur supaya tak terasa mual pun, aku tetap terasa mual dan sukar tidur. Jadi, aku ambil Obimin sebab Obimin dah lengkap kandungan yang diperlukan seperti folic acid, zinc dan lain-lain. Tapi ikut orang juga, kalau tak boleh juga boleh minta pandangan misi atau ahli farmasi ya.

Sebab apa kita kena jaga HB? Sebab kita taknak ganggu perkembangan janin dan taknak ada apa-apa komplikasi yang tidak diingini. Jadi, sedaya upayalah jaga kesihatan semasa mengandung.

1. Makan makanan yang tinggi zat besi

Contoh makanan yang kaya zat besi ialah sayur-sayuran seperti brokoli, kangkung, kailan, bayam, sawi, bendi, kacang peas, capsicum, kentang dan bunga kobis. 
Untuk buah-buahan pula: pisang, anggur, betik, delima, apple.
Daging dan ikan pun penting, cuma JANGAN BERLEBIHAN. Apa-apa pun kalau kita ambil secara berlebihan akan beri kesan yang tidak elok pula.

2. Elak kopi & teh

Aku pun suka sangat-sangat mengopi dan mengeteh, tapi, kopi dan teh boleh ganggu penyerapan zat besi tau, sia-sia je korang makan makanan tambah zat besi pastu ambil dengan teh dan kopi, aiya! Nak minum boleh tapi kurangkan, kalau nak sangat pastikan jarak antara korang mengopi & mengeteh tu lebih kurang 2 jam selepas makan OK!


Ini sahaja yang ingin aku kongsikan. Ingat, jaga HB tau, rehat dan tidur yang cukup. Buat masa ni jangan buat kerja, biar suami yang buat. Oh ye, dan banyakkan ketawa dan sentiasa usap perut borak dengan bayi untuk menyalurkan hormon serotonin kepadanya. Agar bayi anda terasa selamat dan InsyaAllah selepas lahir akan jadi bayi yang sentiasa gembira dan kurang menangis :)

Till next time mommies.


Thursday, July 9, 2020

Percutian ke The Haven Resort Hotel, March 2020

Bulan March sebelum PKP haritu, aku sempat bercuti ke Ipoh. Bosan duduk rumah, hati meronta nak berjalan tapi taknak jauh sangat. Last-last jumpa hotel best, terus lupa jauh dekat perjalanan, konon nak bercuti sekitar Terengganu atau Kelantan tapi takde tempat menarik haha. Aku search booking.com jumpa The Haven Resort Hotel, agak pricey tapi takpelah reward untuk diri sendiri kena ada tau, haha. 


Kalau guna shopback dah dapat berapa ni, tapi lupa guna, rugi! Booking hotel Rm 48 pun dapat shopback RM 2 tau haha.

Sebelum ke hotel kami singgah makan Nasi Vanggey yang famous tu, ada dekat suggestion google. Tapi taktahu lah luck mungkin tak menyebelahi kami waktu tu, Nasi Vanggey itu amat mengecewakan :(

Alhamdulillah licin sebab lapar, kuah dia okay cuma ayam em rasa hangus sikit dan sambal oren itu? Peliks rasanya. Taktahu lah pada orang lain, aku rasa Peliks.

Setelah mengisi perut terus kami ke Hotel untuk berehat setelah 5 jam perjalanan dari Besut, Terengganu. 


Lepas check in, kami ke pool, Ya Allah sangat indah yaa hotel ini. 


Catwalk dulu la, motif sangat tangkap gambar begini. Orang putih tengah mandi semua pandang kami, mungkin diorang ingat Barbara Palvin turun Ipoh kot, merehatkan diri dari pentas Victoria Secret... Eh! 


Ini gambar ambil di google, nak cakap, kalau nak jogging, bawa lah attire, geram ye nak jogging pagi-pagi tu, tenang gila. Barbara Palvin jadian takpe, dah memang kurus kahkah.


Settle solat, kitorang mandi sampai maghrib demi nak tengok lampu kat batu tu. Memang worth it, mandi sampai pukul 8 malam, dah tentu tak keluar dah, order Pizza Hut sambil mengigil lapar tepi pool. Nikmat.

Tapi yang sedih aku tak ambil gambar bilik. Sumpah bilik dia selesa gila, toilet selesa, toiletries pun memang premium, ada coffee maker siap capsule Nescafe ya, ada chips ada coke ada kekacang yang korang boleh makan je macam biasa, kalau nak purchase lagi baru kena bayar macam biasa okay. Ada Coway, ada oven, tempat masak dan peti ais. Memang kalau kau sewa fully furnished lah bawa baju je. Katil dia best! Tengah kumpul duit nak beli katil tu kahkah.

Breakfast pulak, kalau korang jenis yang kaki breakfast fancy-fancy, hotel ni okay je cuma makanan dia tak berapa tasty sebab diorang tak guna penambah rasa tau, diorang nak makanan diorang bebas MSG lah gitu. Bolehlah, kalau lapar lagi korang keluar lah, IPOH KOOOOOOOOOOT banyak tempat breakfast viral :P

Ok tujelah, all over hotel ni best InsyaAllah ada kesempatan akan book lagi. Dan kalau ada DUIT. Biasalah, Victoria Secret kan dah nak bankrupt, dahlah musim Covid, susahnyaaaa jadi Barbara Palvin ni :P


Wednesday, July 8, 2020

Beautiful Pregnancy Journey from 8 weeks.

Hello Assalammualaikum. 
Baru ada kesempatan nak tulis perjalanan untuk menjadi seorang ibu ni, dah masuk 20 weeks (5 Bulan) semalam. Alhamdulillah tak mudah untuk aku capai 5 bulan ni, macam-macam dugaan yang berlaku yang akan aku tulis sebagai kenangan disini. Ok, jom kita start :)

Cara mengetahui diri mengandung.
Bulan 3 waktu PKP, aku asyik mengadu banyak angin dalam badan dekat suami, rasa mual. Kalau solat/baca Quran, aku akan rasa cepat nak habiskan ibadah sebab susahnya nak bernafas, tercungap-cungap. Sampai lah satu petang tu aku minta suami belikan jeruk sebab nak hilangkan mual... dan suami belikan pregnancy test sekali sebab dia dapat rasa aku macam pelik je minta belikan jeruk bagai haha! Aku macam buat relax je.. yela, taknak berharap sangat kan. Then keesokan hari pukul 5 pagi aku terbangun sebab rasa nak buang air kecil, sempat aku ambil preganancy test sekali. Dalam toilet... aku test. Naik 2 line!! Aku still tak percaya sebab yelah dah kahwin dalam setahun lebih, banyak kali test kan.. so aku masuk bilik ambil lagi satu pregnancy test untuk double confirmation. Dan... 2 line juga. Apa lagi, menangis lah pagi-pagi dalam toilet kahkah. Masuk bilik pandang husband yang tengah tido, dia terjaga and tanya kenapa? aku pun peluk lah suami cakap.. "i pregnant...." hahaha dua-dua pun sebak tanda terharu pada pukul 5 pagi itu. Alahai itulah masa yang ditunggu-tunggu :')

Terima kasih Tuhan atas kurniaan our litte bundle of Joy ini. 

So which favors of your Lord will you deny?

Bleeding di minggu ke-13 ( seminggu sebelum raya )
Setelah menjalani kehidupan yang biasa, Alhamdulillah aku takde alahan teruk kecuali badan terasa berangin. Tengok kawan yang ada alahan buat aku rasa bersyukur sebab tak lalui pengalaman yang menyukarkan. Tetapi, Tuhan tu akan terus menguji hamba-hambaNya. Pukul 3:45 petang sedang aku berbaring di atas katil, tiba-tiba terasa ada darah yang mengalir laju. Aku try rasa dengan tangan and tengok, banyak nya darah.. cepat-cepat aku whatsapp husband, alhamdulillah husband memang habis kerja pukul 4 petang. Husband balik tengok aku da terbaring bengkok atas sofa dengan darah yang banyak, aku dah tak larat nak luruskan badan waktu tu sebab sangat lah sakit ye, rasa macam sengugut. Sementara husband siapkan barang untuk dibawa ke hospital, aku berjalan perlahan-lahan untuk masuk ke kereta, masa jalan tu jatuh 2 ketul darah beku sebesar penumbuk bayi. Aku jerit panggil husband suruh kutip. Aku dah fikir.. "anak aku ke jatuh ke tanah ni...? :'(" ........... sampai di emergency, doktor terus check menggunakan mesin ultrasound dan muncung itik. Ada bukaan 1 Cm tetapi di ultrasound jantung baby bagus berdegup dan baby sangat aktif :') Alhamdulillah, Tuhan je tahu perasaan aku time tu. Doktor inform aku kena dihantar ke HUSM Kubang Kerian untuk di periksa dengan lebih terperinci. Pukul 6 petang aku sampai HUSM dan terbaring di emergency sampai lah pukul 11 malam aku dihantar ke wad sementara, dapat lah jumpa husband. Husband teman sampai pukul 2pagi macamtu sampai lah doktor check dan cakap semuanya okay dan tiada bukaan pun. Doktor bagi option, rehat di rumah atau di wad? Semestinya aku pilih di rumah!

Bleeding minggu ke-16.
Dah syok raya, darah pun dah tak turun, kalau tak dekat pantyliner akan ada sikit on/off, aku pun pergi lah berjalan jauh sikit ke Kuala Terengganu, beraya rumah kawan husband dan pergi jelajah KTCC yang baru buka tu, balik tu aku rasa penat. Dari rumah aku ke KT ambil masa dalam 2 jam macamtu, so pergi balik agak memenatkan badan. Sampai rumah, tido dan esoknya tepat jam 6 pagi aku terjaga sebab terasa ada benda mengalir, aku check lah rupanya darah :( Time tu aku dah insaf sangat-sangat. Husband hantar emergency hospital jertih dan aku kena lah check macam biasa. Kalini ada leaking sekali, ya Allah berderau darah! Jangan lah jadi apa-apa dekat anak aku :( Dan kena transfer by ambulance lagi ke HUSM, kena warded 4 hari 3 malam. Hari first aku dekat HUSM, doktor check ultrasound and check bawah, doktor pelik sebab takde bukaan pun, macam mana boleh bleeding dan leaking? By ultrasound pun baby ok and aktif sangat, air ketuban Alhamdulillah masih banyak, so doktor expect infection dalam rahim. Itu yang warded lama, doktor nak pantau. It's okay, demimu anak sayang. And yes, hari last doktor kata aku ada GBS, nanti nak bersalin kena cucuk antibiotik untuk halang anak kena infection. Apa itu GBS? Korang google eh, aku dah penat nak menaip :P

Till next time ya, xoxo.