Friday, July 10, 2020

TIPS NAIKKAN HB UNTUK IBU MENGANDUNG

Sejak check-up aku yang pertama di KK, doktor pernah puji HB aku cantik, masa itu HB aku 13.2, check-up seterusnya 11.3, dan baru-baru ini 12.4 macamtu. Untuk mengekalkan HB cantik ni kena jaga pemakanan dan pastikan ambil ubat yang dibekalkan. Contohnya, check-up pertama aku dapat ubat Zincofer ( tambah darah ) tetapi ubat tu tak sesuai dengan aku. Makan je rasa mual and muntah, walaupun aku dah cuba set jam pukul 1 pagi untuk makan ubat dan terus tidur supaya tak terasa mual pun, aku tetap terasa mual dan sukar tidur. Jadi, aku ambil Obimin sebab Obimin dah lengkap kandungan yang diperlukan seperti folic acid, zinc dan lain-lain. Tapi ikut orang juga, kalau tak boleh juga boleh minta pandangan misi atau ahli farmasi ya.

Sebab apa kita kena jaga HB? Sebab kita taknak ganggu perkembangan janin dan taknak ada apa-apa komplikasi yang tidak diingini. Jadi, sedaya upayalah jaga kesihatan semasa mengandung.

1. Makan makanan yang tinggi zat besi

Contoh makanan yang kaya zat besi ialah sayur-sayuran seperti brokoli, kangkung, kailan, bayam, sawi, bendi, kacang peas, capsicum, kentang dan bunga kobis. 
Untuk buah-buahan pula: pisang, anggur, betik, delima, apple.
Daging dan ikan pun penting, cuma JANGAN BERLEBIHAN. Apa-apa pun kalau kita ambil secara berlebihan akan beri kesan yang tidak elok pula.

2. Elak kopi & teh

Aku pun suka sangat-sangat mengopi dan mengeteh, tapi, kopi dan teh boleh ganggu penyerapan zat besi tau, sia-sia je korang makan makanan tambah zat besi pastu ambil dengan teh dan kopi, aiya! Nak minum boleh tapi kurangkan, kalau nak sangat pastikan jarak antara korang mengopi & mengeteh tu lebih kurang 2 jam selepas makan OK!


Ini sahaja yang ingin aku kongsikan. Ingat, jaga HB tau, rehat dan tidur yang cukup. Buat masa ni jangan buat kerja, biar suami yang buat. Oh ye, dan banyakkan ketawa dan sentiasa usap perut borak dengan bayi untuk menyalurkan hormon serotonin kepadanya. Agar bayi anda terasa selamat dan InsyaAllah selepas lahir akan jadi bayi yang sentiasa gembira dan kurang menangis :)

Till next time mommies.


No comments:

Post a Comment