Monday, September 24, 2018

Imperial Heritage (Melaka)

Assalammualaikum semua!

Today already selasa. Genap seminggu balik dari honeymoon untuk kali kedua. Honeymoon 1.0 kat Melaka, honeymoon 2.0 pun dekat Melaka :P Sebab apa decide nak pergi Melaka? Borrring. Sebab...Sebabnya honeymoon 1.0 kitorang suami isteri tak keluar hotel langsung. Sebab penat. Malam sabtu sanding, tengahri ahad gerak Melaka honeymoon? Penat lah. Nak treasure melaka pun tak. Cuma pergi Freeport A Famosa je. Memandangkan tempah Luxury Villa dekat The Settlement, harga tak payah cakap 1 malam berapa, that's why kena hargai duduk hotel je kan hahahaha.

Okay untuk honeymoon 2.0, aku pilih untuk booking Imperial Heritage. Sebab aku suka view dia dan tempat yang strategik, nak jalan-jalan boleh naik beca atau jalan kaki je. Thats the main purpose! Hehe. Selain itu, breakfast dia yang banyak dan juga ada Asam Pedas! But sadly, aku takde gambar kat sana. Sebab rushing kot? Lagipun sehari je kan. 

Meh aku bawa jalan-jalan dengan bekalan dan ihsan dari google je! Hehe.



Ini dia, bangunan Hotel yang sangat indah!


Ni paling suka, sebab bayangkan lah pagi-pagi breakfast dengan angin sepoi-sepoi bahasa tu, dengan pemandangan MP dekat sebelah je ok!

Hotel dia bersih, surau dia cun, also can solat dalam bilik lah ken, ada swimming pool tapi tak besar sangat. Kalau budak boleh lah nak mandi, orang dewasa mungkin kurang sesuai bagi aku. Kalau nak yang boleh mandi, aku suggest korang stay dekat The Pines, then nanti boleh kasi aku review sebab aku tak pergi lagi bahahaha! 

Rate harga hotel? Sangat ok, nampak macam very the exclusive dan harga mesti expensive gak kan? Haa tidak. Sangat exclusive tapi harga berbaloi. Tak percaya boleh tengok dekat booking.com !
Pasti korang booking untuk mak ayah adik kakak adik ipar mertua semua lah! 

Macam aku, aku booking melalui booking.com je. Setakat ni booking.com adalah website yang paling aku suka sebab mudah. Boleh pilih rate harga berapa, nak yang include breakfast or not, ada apa-apa nak tambah ke and boleh cancel dalam tempoh yang diberi. Convenient sangat bagi aku.

Ini je dulu sebab aku sibuk sikit mengemas harini. Jumpa next entry! xoxo

Life sekarang

Assalammualaikum! 

Lama dah tak update! Sebenarnya dah banyak kali nak try update, nak curi masa tapi still tak mengizinkan. Nak cakap busy tu...? err adalah sikit. Cerita dia, kalau aku kerja. Memang aku takkan usik apa-apa pun, kecuali phone! Kahkah. Life aku kalau masa kerja memang agak bosan, macam dah tersedia jadual. Pagi pukul 4:30 bangun dan terus siap-siap untuk pergi kerja, pukul 5:30 gerak dari rumah dan bermula lah rutin kerja dari pukul 6:00 pagi hingga 6:00 petang. Balik kerja kadang-kadang aku terus pergi makan siap-siap. Makan dah tentu-tentu sampai rumah dekat nak maghrib atau dah maghrib. Sampai rumah mandi, solat dan get ready untuk tidur, sebelum tidur wajib call suami dulu. Baru lena gitu bhahaha!

Ini cerita kalau shift pagi. Haaa. Aku ada 2 shift, pagi dan malam. Kalau malam, lagilah, aku rasa life aku hanya kilang sahaja. Kadang rasa macam tak berkualiti hidup kalau memang hanya abadikan diri hanya untuk kerja. Badan penat untuk kerja. Kepala sakit untuk kerja. Paling sedih kalau suami balik (suami bekerja di Terengganu dan saya di N9), kesian dia saya tak banyak masa dengan dia. Nasib baik suami saya such an angel! Kalau balik kerja katanya takpayah masak kalau penat. Tapi, seorang isteri tetap nak masak untuk suami kan? Maafkan i sayang... 

Tapi, Alhamdulillah dan InsyaAllah dengan izinNya, bulan 12 kami dah start duduk sama-sama. Suami dah sewakan rumah untuk duduk dengan dia. Takde dah drama airmata setiap kali hantar suami naik bas every ahad. Dahlah aku sejenis manusia yang selalu sunday blues! Haa, orang lain monday blues kan? Aku sunday blues ehh. Memang dari dulu, aku tak pernah suka hari ahad. Sebab bagi aku ahad itu hari yang sedih. 

Taktahu kehidupan disana macam mana, harap-harap dapat adapt. Aku tak kisah pergi jauh mana pun, janji ada orang yang tersayang ikut sekali. 

Dahlama aku impikan untuk weekend dengan keluarga, breakfast, lunch dan melepak depan tv sambil gelek-gelak :) Rindu semua tu. Dan itu semua akan berlaku tak lama lagi. Itulah masa kualiti aku, masa yang amat beharga.. adalah masa dengan orang tersayang..

See you soon Terengganu!



Ingat tak?

Assalammualaikum!

Tertunda-tunda niat untuk aku update blog. Dah janji dari rabu ke khamis lepas tah nak update? Tapi tak sampai-sampai. Pengacau utama (laki aku) dah balik, so nak kata busy. Tak la sangat pun. Ceh. Banyak betul alasan, padahal satu je. M A L A S ! Kahkah

Tuesday, September 4, 2018

AKU ISTERI ORANG

Yow Assalammualaikum Ya Akhi Ya Ukhti. Amboi.

Yay kita berjumpa kembali di dalam segmen AKU ISTERI ORANG, ORANG MANA? ADALAH! :P Tetiberrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr sis.

Harini ialah hari ke 18 aku dah sah jadi seorang isteri. Title yang nampak mudah tapi tidak begitu mudah. Kakak nak pesan banyak ni! Hahahahaha. Tapi next entry ya. Ini kakak nak cerita hal lain. :B

Okay! Bismillahhirrahmaanirrahim.

Pada 18/8/2018, aku sah menjadi isteri kepada Muhammad Fiddin Bin Aladin... Mengharap semoga Allah berkati & Rahmati perjalanan kami berdua, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, ditunjukkan jalan yang lurus untuk sama-sama strike for Jannah.. ya sayang! <3 Aamiin!

Perjalanan hari bahagia kami Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.

Start pagi 18/8/2018 aku bangun untuk solat subuh dan berbaring semula! Ya la, pengantin kan tak boleh buat kerja... kena rest. Hehehe.Then bersiap lah apa yang patut untuk get ready nikah lepas Asar. Tepat pukul 2:30 petang aku dah ready tadah muka. My MUA on that day is mahh sisteerrr. Make up is sooo puas hati, i minta makeup yang bronze-bronze gitohh jahh, highlight confirm kena extra because i want to look super extrahhhh on my dayyyy. Then siap on time gitoh, terus ke masjid. Agak rushing sebab bapak sis soh awal, taknak belah lelaki tertunggu, tak elok buat tetamu menunggu. Gitu.

On the way ke masid, jantung aku berdegup gilssss. Sampai je masjid terus i nampak sosok tubuh bakal suamiku, yang dah sebulan lebih tak jumpa :') kakaka! Dan bestfren-bestren i ada kat masjid, i is sayang semua! Terima kasih bestren! Masuk masjid terus dok sopan-sopan. Tehehehe. Then akad nikah semua terus shhhhhhoooot balik rumah since majlis aku bawa ke malam so nak bersiap untuk malam pulak ken. So lets go! Siap!

Malam pun smooth, raaaaaaaaaamaaaaaaaaaaaaai sangat kawan i dari kawan sekolah rendah bawa ke sekolah menengah, bawa ke kawan politeknik seterusnya kawan-kawan kerja, operator2 aku pun datang aw thanksss :')

Then settle semua, terus semua masuk rumah rest, i dan suami pun rest sebab besok tu nak pegi hanimooonnn!

Kahwin sangat penat ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Sebulan sebelum kahwin please buat senaman senyum 18jam tanpa henti pls T.T

So meh i letak gambar siket:-

Ini selepas kami sah jadi suami isteri! Malu-malu aww! Pestime dapat pegang tangan, pelok pinggang. I is malu bahahaha!

Malam yang akan diingati sampai akhir hayat... :) #Imiss 

Honeymoon :)

Ok.. Terima kasih sayang.. Terima I. Semoga sentiasa baik dengan I dari awal kita kenal, semasa tunang dan sampai kita dah sah suami isteri. Awak orang yang paling lama saya kenal, yang paling perfect dimata saya, yang sentiasa tenang, yang sentiasa sabar. I rugi kalau tak kahwin dengan u. U da best!!! Love u husband sayang!