Monday, September 24, 2018

Imperial Heritage (Melaka)

Assalammualaikum semua!

Today already selasa. Genap seminggu balik dari honeymoon untuk kali kedua. Honeymoon 1.0 kat Melaka, honeymoon 2.0 pun dekat Melaka :P Sebab apa decide nak pergi Melaka? Borrring. Sebab...Sebabnya honeymoon 1.0 kitorang suami isteri tak keluar hotel langsung. Sebab penat. Malam sabtu sanding, tengahri ahad gerak Melaka honeymoon? Penat lah. Nak treasure melaka pun tak. Cuma pergi Freeport A Famosa je. Memandangkan tempah Luxury Villa dekat The Settlement, harga tak payah cakap 1 malam berapa, that's why kena hargai duduk hotel je kan hahahaha.

Okay untuk honeymoon 2.0, aku pilih untuk booking Imperial Heritage. Sebab aku suka view dia dan tempat yang strategik, nak jalan-jalan boleh naik beca atau jalan kaki je. Thats the main purpose! Hehe. Selain itu, breakfast dia yang banyak dan juga ada Asam Pedas! But sadly, aku takde gambar kat sana. Sebab rushing kot? Lagipun sehari je kan. 

Meh aku bawa jalan-jalan dengan bekalan dan ihsan dari google je! Hehe.



Ini dia, bangunan Hotel yang sangat indah!


Ni paling suka, sebab bayangkan lah pagi-pagi breakfast dengan angin sepoi-sepoi bahasa tu, dengan pemandangan MP dekat sebelah je ok!

Hotel dia bersih, surau dia cun, also can solat dalam bilik lah ken, ada swimming pool tapi tak besar sangat. Kalau budak boleh lah nak mandi, orang dewasa mungkin kurang sesuai bagi aku. Kalau nak yang boleh mandi, aku suggest korang stay dekat The Pines, then nanti boleh kasi aku review sebab aku tak pergi lagi bahahaha! 

Rate harga hotel? Sangat ok, nampak macam very the exclusive dan harga mesti expensive gak kan? Haa tidak. Sangat exclusive tapi harga berbaloi. Tak percaya boleh tengok dekat booking.com !
Pasti korang booking untuk mak ayah adik kakak adik ipar mertua semua lah! 

Macam aku, aku booking melalui booking.com je. Setakat ni booking.com adalah website yang paling aku suka sebab mudah. Boleh pilih rate harga berapa, nak yang include breakfast or not, ada apa-apa nak tambah ke and boleh cancel dalam tempoh yang diberi. Convenient sangat bagi aku.

Ini je dulu sebab aku sibuk sikit mengemas harini. Jumpa next entry! xoxo

No comments:

Post a Comment