Sunday, October 20, 2019

Sutra Beach Ressort, Terengganu

Hi & Assalammualaikum semua!

Post ni dah lama sangat nak tulis, tapi laptop sis ada orang pinjam. So, insyaAllah start from today I will happily announce that I will come back stronger dalam dunia blog bahaha. Ok ok ok, taknak melalut, jom kita start dengan percutian sis 2 hari sebelum puasa! Haha.

Percutian kali ini, husband suruh pilih hotel mana nak duduk? dan macam biasa, setiap kali booking hotel, sis akan utamakan hotel yang menyediakan BREAKFAST dan SWIMMING POOL ! Berbaloi rasanya kalau pilih hotel untuk bercuti dengan 2 pilihan ini. Kecuali kalau korang backpackers lah, harap korang faham maksud "backpackers" at the first place okay :)

Tengok punya tengok dekat laman web booking.com, sis terjumpa Sutra Beach Resort sebab sis dah siap-siap sort untuk Breakfast dan Swimming Pool tadi, harga RM 170.00 untuk 1 bilik, 1 malam.


Pemandangan dari dalam kolam, macam Maldives >.< haha 
(Gambar dari Google)



(Gambar Google sebab sis lupa ambil gambar ayo)

Untuk bilik pulak, agak sedikit usang, tapi kalau korang tak kisah okay je lahhh. Maybe hotel ni dah operate lama, tapi tak dinafikan kolam, pemandangan dia Subahanallah sangat calming tau.

Breakfast pun best, cekodok dia sedap kayy!
Ada salad and various gravy, ada mee soto, coffee corner, juice corner dan macam biasa ada nasi goreng semua.
So korang takyah keluar untuk pergi breakfast memandangkan lokasi hotel tu macam jauh sikit dari bandar Kuala Terengganu. (PLEASE NOTE ON THIS OK)

Kalau korang nak duduk sini untuk layan nature (laut) , untuk bertenang sambil cari ilham, sis rekomen duduk sini. Tapi kalau korang duduk sini untuk jalan-jalan area Kuala Terengganu, sis please tengok lokasi dia please haha. Tapi korang boleh lepak POK NONG tau! Haa tempat celup tepung famous tu :)

Okay itu sahaja, terima kasih sudi membaca :)

No comments:

Post a Comment