Sunday, October 20, 2019

CARA PERGI HATYAI NAIK TRAIN

Hai semua. Minggu lepas aku ada trip ke Hatyai, of course trip yang santai but we had so much fun there!! Pergi ber-empat dengan husband and kawan husband with his wife really made our trip feel secure and affordable dari segi makan-naik grab dan lain-lain. Make sure kalau pergi first trip, go with a group mungkin lagi rasa selamat, enjoy dan boleh dapat pengalaman baru.

So, entry kalini aku nak share cara pergi Hatyai melalui Rantau Panjang - Sg Kolok. Kitorang stay 1 malam dekat Rantau Panjang untuk memudahkan kami dan tak rushing masuk border awal pagi. Better kalau masuk awal pagi, sebab korang akan catch train ke Hatyai dalam pukul 6.30 waktu Thailand dan 7.30 waktu Malaysia, by the way, waktu Thailand dengan waktu Malaysia berbeza 1 jam which is Thai lambat 1 jam dari Malaysia.

Kami masuk Immigration awal pagi selepas subuh, jalan kaki sahaja. Sampai di Immigration Thai, dah ramai orang beratur untuk cop passport. Tapi untuk kita yang first time nak masuk ni, pastikan ambil borang (boleh tanya orang dekat situ kat mana nak ambil borang) , then dah ambil borang, korang kena isi then baru beratur untuk cop passport! Jangan jadi macam kitorang, dah beratur panjang, sampai kaunter pegawai suruh isi borang dulu! HAHA.


Ini immigration Thai, dalam pukul 610 (waktu Thai)

Lepas cop passport, pastikan ada kertas putih ya didalam passport korang tu, then korang bolehlah jalan ke stesen keretapi diorang, straight je dari immigration tu. Kalau tak larat nak jalan, adelah dalam 600meter jugak, korang boleh naik motor dalam 50Baht seorang. Tapi kitorang jalan kaki saja sebab pagi lagi kan, masih bertenaga lagi.

Sampai di stesen keretaapi, husband terus beratur beli tiket keretaapi sehala ke Hatyai berharga 42Baht seorang, kalau duit kita dalam RM 5.80 sen sahaja. Please check currency semasa ye. Sementara husband beli tiket, aku pergi beli air mineral incase haus ye sebab perjalanan ke Hatyai lebih kurang 5jam juga. Jangan lenggang kangkong, sebab train eta gerak pukul 630 (Waktu Thai) tapi dia akan tunggu dan gerak dalam 6.45 macamtu la. Dah masuk train korang boleh la enjoy kerusi klasik train itu, biasa lah, what do you expect dari kereta api yang berharga RM5.80 ke Hatyai? hehehe.


Ini tempat beli tiket, cepat! ramai orang tau!


Masa ni tengah rushing beli mineral sebab orang keretaapi dah jerit suruh cepat!


Dah masuk dalam train, kalau weekend, memang ramai, that is why kena cepat! :)


Kalau lapar jangan risau, kat dalam train akan ada orang masuk jual makanan. Ada nasi khomok, ada teh ais, kerepek ikan dan lain-lain. Try nasi khomok! Sedap weh!


Ini nasi khomok! Lebih kurang dalam 30Baht! sedappppppppppp. Orang Thai mmg on another level doow.


Ini geng kitorang, beautiful souls :)

Makan, tengok luar tingkap, train berhenti lebih 10kali dekat stop dia, penat jugaklah nak menunggu weh. So kitorang tekad, balik nanti nak naik van! HAHAHA. Untuk pengalaman, boleh la nak try, murah kot :D

Sampai je HatYai, rasa nak sujud syukur! macam AT LAST, SETELAH MENYERAHKAN KESAKITAN INI....gitu~~~ haha. Boleh lah cari kedai jual Simcard Thai, aku beli jenama 'dtac' Data To Go untuk 5 Days Unlimited Data berharga 200 Baht - RM 27.64 sen. Line pun ok :)

Ok TILL NEXT ENTRY! Nanti aku cerita pasal makanan-7E-pengangkutan dan lain-lain okay!

No comments:

Post a Comment