Lama dah tak update! Sebenarnya dah banyak kali nak try update, nak curi masa tapi still tak mengizinkan. Nak cakap busy tu...? err adalah sikit. Cerita dia, kalau aku kerja. Memang aku takkan usik apa-apa pun, kecuali phone! Kahkah. Life aku kalau masa kerja memang agak bosan, macam dah tersedia jadual. Pagi pukul 4:30 bangun dan terus siap-siap untuk pergi kerja, pukul 5:30 gerak dari rumah dan bermula lah rutin kerja dari pukul 6:00 pagi hingga 6:00 petang. Balik kerja kadang-kadang aku terus pergi makan siap-siap. Makan dah tentu-tentu sampai rumah dekat nak maghrib atau dah maghrib. Sampai rumah mandi, solat dan get ready untuk tidur, sebelum tidur wajib call suami dulu. Baru lena gitu bhahaha!
Ini cerita kalau shift pagi. Haaa. Aku ada 2 shift, pagi dan malam. Kalau malam, lagilah, aku rasa life aku hanya kilang sahaja. Kadang rasa macam tak berkualiti hidup kalau memang hanya abadikan diri hanya untuk kerja. Badan penat untuk kerja. Kepala sakit untuk kerja. Paling sedih kalau suami balik (suami bekerja di Terengganu dan saya di N9), kesian dia saya tak banyak masa dengan dia. Nasib baik suami saya such an angel! Kalau balik kerja katanya takpayah masak kalau penat. Tapi, seorang isteri tetap nak masak untuk suami kan? Maafkan i sayang...
Tapi, Alhamdulillah dan InsyaAllah dengan izinNya, bulan 12 kami dah start duduk sama-sama. Suami dah sewakan rumah untuk duduk dengan dia. Takde dah drama airmata setiap kali hantar suami naik bas every ahad. Dahlah aku sejenis manusia yang selalu sunday blues! Haa, orang lain monday blues kan? Aku sunday blues ehh. Memang dari dulu, aku tak pernah suka hari ahad. Sebab bagi aku ahad itu hari yang sedih.
Taktahu kehidupan disana macam mana, harap-harap dapat adapt. Aku tak kisah pergi jauh mana pun, janji ada orang yang tersayang ikut sekali.
Dahlama aku impikan untuk weekend dengan keluarga, breakfast, lunch dan melepak depan tv sambil gelek-gelak :) Rindu semua tu. Dan itu semua akan berlaku tak lama lagi. Itulah masa kualiti aku, masa yang amat beharga.. adalah masa dengan orang tersayang..
See you soon Terengganu!
No comments:
Post a Comment