Sunday, October 20, 2019

WAJIB BELI DI 7-Eleven Thailand

Hi semua. Seperti yang dijanjikan, entry akan diteruskan dengan perkongsian antara WAJIB BELI DI 7-E Thailand. Kepada sesiapa yang tak tahu, 7E dekat Thai ni dah macam Family Mart! Macam-macam ada. Tapi takde lah sebijik sejibun macam Family Mart tu, dont expect too much becuase expection might hurt you sometimes kahkah. Tapi, memang happy lah bila masuk! Wehhhhhh perut tak lapar terus lapar. Jom aku tunjuk antara barang yang aku beli :-




Masuk je 7E, aku terus meluru ke bahagian burger ni, tengok tanda halal. Yes, terus ambik sebab aku dah siap google apa yang menarik! Burger semua bermula dari 29Baht hingga 45Baht. Yang aku ambil ni SEDAP WEIIIII. Black Pepper Chicken Steak. Aku bagi 9/10!


Spicy Chicken ni PUN SEDAP KORANG KENA BELI K. 9/10!


OK NI PALING SEDAP! Bau dan rasa sebijik burger MCD k. By the way, MCD kat sana tak halal tau, kau jangan pergi pulak. Ni abang grab muslim kat sana yang bagitahu aku. Oh burger ni 100/10!!


 Yang ni aku tak rasa, korang tolong rasakan boleh? Pastu mention aku kat Instagram @starryshira k :D



My love. Memang nak pergi Hatyai sebab nak borong Arabus. Tapi tapi, aku borong banyak Arabus /Latte, padahal yang sedap mocha. Benci tau. 



Almond Breeze kawan aku kata sedappp, tapi lupa nak try. Zzzz jangan putus kawan. Atas Almond Breeze tu collagen, aku amik tak? 
Orang dah lawa takpayah amik ye. kehkeh :P
(Dilarang muntah)



OH OH HELLO GURLSSSSSSSS. Kalau you all lupa nak bawak makeup, you all can beli dekat 7E jugak tau! Hey apesal comel! Bolehlah nak pakai 3-4 kali. Time ni la nak cuba, bila lagi gulllllllll?
Aku beli mascara and lipstick untuk jiran sebelah rumah, and aku pun cuba 1 lipstick, weh lawa boleh pakai dkt lips and cheek okeh. 

Actually banyak lagi. Masa hari last baru aku tukar duit banyak-banyak ya untuk shopping dekat 7E untuk beli stok makan/minuman yang boleh dibawa pulang ke Malaysia. Bukan main sakan membeli, lepas siap scan terkedu jap total semua 600Baht ! Ok cepat balik Malaysia sebelum jadi gelandangan dekat Hatyai.

Till next entry yah! Byyyyyeeee.

CARA PERGI HATYAI NAIK TRAIN

Hai semua. Minggu lepas aku ada trip ke Hatyai, of course trip yang santai but we had so much fun there!! Pergi ber-empat dengan husband and kawan husband with his wife really made our trip feel secure and affordable dari segi makan-naik grab dan lain-lain. Make sure kalau pergi first trip, go with a group mungkin lagi rasa selamat, enjoy dan boleh dapat pengalaman baru.

So, entry kalini aku nak share cara pergi Hatyai melalui Rantau Panjang - Sg Kolok. Kitorang stay 1 malam dekat Rantau Panjang untuk memudahkan kami dan tak rushing masuk border awal pagi. Better kalau masuk awal pagi, sebab korang akan catch train ke Hatyai dalam pukul 6.30 waktu Thailand dan 7.30 waktu Malaysia, by the way, waktu Thailand dengan waktu Malaysia berbeza 1 jam which is Thai lambat 1 jam dari Malaysia.

Kami masuk Immigration awal pagi selepas subuh, jalan kaki sahaja. Sampai di Immigration Thai, dah ramai orang beratur untuk cop passport. Tapi untuk kita yang first time nak masuk ni, pastikan ambil borang (boleh tanya orang dekat situ kat mana nak ambil borang) , then dah ambil borang, korang kena isi then baru beratur untuk cop passport! Jangan jadi macam kitorang, dah beratur panjang, sampai kaunter pegawai suruh isi borang dulu! HAHA.


Ini immigration Thai, dalam pukul 610 (waktu Thai)

Lepas cop passport, pastikan ada kertas putih ya didalam passport korang tu, then korang bolehlah jalan ke stesen keretapi diorang, straight je dari immigration tu. Kalau tak larat nak jalan, adelah dalam 600meter jugak, korang boleh naik motor dalam 50Baht seorang. Tapi kitorang jalan kaki saja sebab pagi lagi kan, masih bertenaga lagi.

Sampai di stesen keretaapi, husband terus beratur beli tiket keretaapi sehala ke Hatyai berharga 42Baht seorang, kalau duit kita dalam RM 5.80 sen sahaja. Please check currency semasa ye. Sementara husband beli tiket, aku pergi beli air mineral incase haus ye sebab perjalanan ke Hatyai lebih kurang 5jam juga. Jangan lenggang kangkong, sebab train eta gerak pukul 630 (Waktu Thai) tapi dia akan tunggu dan gerak dalam 6.45 macamtu la. Dah masuk train korang boleh la enjoy kerusi klasik train itu, biasa lah, what do you expect dari kereta api yang berharga RM5.80 ke Hatyai? hehehe.


Ini tempat beli tiket, cepat! ramai orang tau!


Masa ni tengah rushing beli mineral sebab orang keretaapi dah jerit suruh cepat!


Dah masuk dalam train, kalau weekend, memang ramai, that is why kena cepat! :)


Kalau lapar jangan risau, kat dalam train akan ada orang masuk jual makanan. Ada nasi khomok, ada teh ais, kerepek ikan dan lain-lain. Try nasi khomok! Sedap weh!


Ini nasi khomok! Lebih kurang dalam 30Baht! sedappppppppppp. Orang Thai mmg on another level doow.


Ini geng kitorang, beautiful souls :)

Makan, tengok luar tingkap, train berhenti lebih 10kali dekat stop dia, penat jugaklah nak menunggu weh. So kitorang tekad, balik nanti nak naik van! HAHAHA. Untuk pengalaman, boleh la nak try, murah kot :D

Sampai je HatYai, rasa nak sujud syukur! macam AT LAST, SETELAH MENYERAHKAN KESAKITAN INI....gitu~~~ haha. Boleh lah cari kedai jual Simcard Thai, aku beli jenama 'dtac' Data To Go untuk 5 Days Unlimited Data berharga 200 Baht - RM 27.64 sen. Line pun ok :)

Ok TILL NEXT ENTRY! Nanti aku cerita pasal makanan-7E-pengangkutan dan lain-lain okay!

Sutra Beach Ressort, Terengganu

Hi & Assalammualaikum semua!

Post ni dah lama sangat nak tulis, tapi laptop sis ada orang pinjam. So, insyaAllah start from today I will happily announce that I will come back stronger dalam dunia blog bahaha. Ok ok ok, taknak melalut, jom kita start dengan percutian sis 2 hari sebelum puasa! Haha.

Percutian kali ini, husband suruh pilih hotel mana nak duduk? dan macam biasa, setiap kali booking hotel, sis akan utamakan hotel yang menyediakan BREAKFAST dan SWIMMING POOL ! Berbaloi rasanya kalau pilih hotel untuk bercuti dengan 2 pilihan ini. Kecuali kalau korang backpackers lah, harap korang faham maksud "backpackers" at the first place okay :)

Tengok punya tengok dekat laman web booking.com, sis terjumpa Sutra Beach Resort sebab sis dah siap-siap sort untuk Breakfast dan Swimming Pool tadi, harga RM 170.00 untuk 1 bilik, 1 malam.


Pemandangan dari dalam kolam, macam Maldives >.< haha 
(Gambar dari Google)



(Gambar Google sebab sis lupa ambil gambar ayo)

Untuk bilik pulak, agak sedikit usang, tapi kalau korang tak kisah okay je lahhh. Maybe hotel ni dah operate lama, tapi tak dinafikan kolam, pemandangan dia Subahanallah sangat calming tau.

Breakfast pun best, cekodok dia sedap kayy!
Ada salad and various gravy, ada mee soto, coffee corner, juice corner dan macam biasa ada nasi goreng semua.
So korang takyah keluar untuk pergi breakfast memandangkan lokasi hotel tu macam jauh sikit dari bandar Kuala Terengganu. (PLEASE NOTE ON THIS OK)

Kalau korang nak duduk sini untuk layan nature (laut) , untuk bertenang sambil cari ilham, sis rekomen duduk sini. Tapi kalau korang duduk sini untuk jalan-jalan area Kuala Terengganu, sis please tengok lokasi dia please haha. Tapi korang boleh lepak POK NONG tau! Haa tempat celup tepung famous tu :)

Okay itu sahaja, terima kasih sudi membaca :)